Monday, 7 November 2011

HARI RAYA HAJI

Jelas sekali masa berjalan dengan terlalu cepat.  Sedar tak sedar, kita sudah pun berada di bulan Zulhijjah.  Malah, sekarang sudah tiba musim haji.

Sempena menyambut Hari Raya Haji yang mulia ni sama-samalah kita memanjat syukur.  Semoga kita semua diberkati dengan rahmat lebih baik lagi.  Amin.

SELAMAT HARI RAYA
AIDIL ADHA 1432H 

Saturday, 29 October 2011

BIARPUN MENYALAHI UNDANG-UNDANG, MEREKA TETAP MAHU LAKUKAN JUGA

Segolongan penduduk kawasan perumahan kami teruja untuk menjadikan kawasan ini sebagai komuniti berpagar dengan pegawai sekuriti juga.  Walaupun sebenarnya memagarkan jalan awan menyalahi undang-undang, pihak berkuasa tidak efektif dalam pengutauasaan.

Ramai penduduk di sini yang tidak bersetuju.  Tapi golongan yang mahu itu sedang memaksakan juga kehendak mereka.

Masaalahnya yang tidak mahu tidak begitu berani menentang kerana golongan yang mahu itu berkedudukan!  Ada yang takut diapa-apakan pula nanti.

Memang susah bila ada yang suka memaksa kehendak mereka ke atas orang lain!  Hakikatnya mereka begitu pentingkan diri!

Sunday, 9 October 2011

JEMAAH HAJI SUDAH MULA BERANGKAT

Tahun ini, adik dan isterinya akan turut menyertai ibadah Haji dan Umrah.  Ikutkan hati rasa teringin juga ikut pergi lagi.  Tapi kita semua kena pasrah saja dengan peraturan yang dibuat.  Kena tunggu sekurang-kurang beberapa tahun sebelum dapat ke sana lagi setelah pemergian kali pertama.

Jemaah Haji Malaysia sudah mula berangkat sejak lebih seminggu yang lalu.  Ramai juga dari kalangan sahabat handai dan kenalan yang akan menunaikan fardhu Haji tahun ini.

Ada yang termiss pula nak ucapkan selamat untuk mereka.  Ini termasuklah kakak yang berjualan nasi di gerai tidak jauh dari rumah.  Kesian pula rasanya.

Apapun, kita sama-samalah doakan yang terbaik untuk mereka semua.  Mudah-mudahan mereka mendapat rahmat laluan yang mudah.

Thursday, 29 September 2011

GENDANG PILIHANRAYA

Ketara sekali bunyi gendang pilihanraya.  Semakin janji-janji manis sudah mula dicanangkan, semakin banyak kecaman ke atas pihak lawan.  Sama saja alunan lirik, melodi iramanya.

Ramai sudah faham.  Banyak rhetorik dari kenyataan sebenarnya.  Janji berpuluh-puluh tahun dilagukan semula.

Herannya nanti, majoriti tetap rela diperdaya juga.  Tak tahu la!

Sunday, 11 September 2011

INGAT DI SARAWAK SAJA

Ingatkan di Sarawak saja orang kita beraya sampai sebulan.  Di Semenanjung sini pun sudah ramai yang sambut sampai berlanjut-lanjutan.

Lima hari kami beraya di Kucing memang amat meletihkan.  Tak berhenti-henti saudara-mara, kawan rakan dan jiran tetangga datang beraya.  Sambil itu mereka ingin berjumpa dengan kami sekeluarga.

Apabila balik ke sini, saudara mara dan kawan rakan di sini pula yang beraya.  Kemudian ada rumah terbuka lagi.

Monday, 29 August 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Sungguh cepat masa berlalu.  Hari ini sudah masuk bulan Syawal.  Rasa macam baru beberapa hari lalu saja kita menyambut Ramadhan al Mubarak.

Alhamdulillah bagi semua yang berjaya melakukan ibadah Ramadhan dengan terbaik.  1 Syawal ini adalah buat merayakan kejayaan demikian.

SELAMAT HARI RAYA
A I D I L F I T R I

Sama-samalah kita bermaaf-maafan dan juga saling berkunjungan.  Semoga kita akan mendapat rahmat dan barakah.  Amin.

Sunday, 14 August 2011

SUDAH SETENGAH RAMADHAN

Kita sudah selamat menjalani ibadah bulan Ramadhan tahun ini selama dua minggu.  Malam ini sudah masuk malam kelima belas.  Alhamdulillah.

Ganjaran lebih baik menunggu kita.  Lailatul Qadar ada di dalam sepuluh malam terakhir Ramadhan.  Di malam itu semua pahala berlipat-lipat ganda lagi.

Jadi marilah kita sama-sama mempertingkatkan ibadah.  Semoga kita berjumpa malam Lailatul Qadar itu nanti dan mendapat barakh terbaik.  Amin.