Sunday, 31 July 2011

SEMARAKKAN RAMADHAN

Alhamdulillah, bulan Ramadhan yang mulia sudah tiba, dan kita berkesempatan bersamanya sekali lagi.  Semoga kita dipanjangkan umur dan berada di dalam keadaan sihat sepanjang musim ini.

Marilah kita sama-sama semarakkan Ramadhan Al Mubarak ini dengan lebih baik lagi.  Semoga kita diberkati dengan sebaik-baik rahmat pahalanya.

Sunday, 3 July 2011

AKU TAK MENGERTI SAJA

Sebenarnya tak faham kenapa kecuh sangat dengan BERSIH tu.  Mungkin aku ketinggalan tentang perkara ini.

Apa yang aku dengar mereka mahu adakan perhimpunan untuk memberi penerangan.  Kira-kira peluang untuk menyuarakan apa yang dikira tidak kena la.

Pada aku tak salah untuk bersuara.  Kerajaan pun berbuat begitu - kumpul orang ramai-ramai untuk memberi penerangan.

Bagus juga amalan yang dilakukan di England sana.  Penduduk London bebas menyuarakan apa saja di Hyde Park sana.  Sesiapa pun bebas membuat pilihan samaada mahu mendengar atau tidak. 

Sudah berdekad-dekad amalan itu dilakukan.  Semuanya berjalan dengan aman saja. Tak ada rusuhan pun berlaku.

Apa kata kita perkenalkan amalan seperti itu di Taman kita.  Mungkin Taman Tasik Perdana lokasi yang baik buat percubaan.