Saturday, 29 October 2011

BIARPUN MENYALAHI UNDANG-UNDANG, MEREKA TETAP MAHU LAKUKAN JUGA

Segolongan penduduk kawasan perumahan kami teruja untuk menjadikan kawasan ini sebagai komuniti berpagar dengan pegawai sekuriti juga.  Walaupun sebenarnya memagarkan jalan awan menyalahi undang-undang, pihak berkuasa tidak efektif dalam pengutauasaan.

Ramai penduduk di sini yang tidak bersetuju.  Tapi golongan yang mahu itu sedang memaksakan juga kehendak mereka.

Masaalahnya yang tidak mahu tidak begitu berani menentang kerana golongan yang mahu itu berkedudukan!  Ada yang takut diapa-apakan pula nanti.

Memang susah bila ada yang suka memaksa kehendak mereka ke atas orang lain!  Hakikatnya mereka begitu pentingkan diri!

Sunday, 9 October 2011

JEMAAH HAJI SUDAH MULA BERANGKAT

Tahun ini, adik dan isterinya akan turut menyertai ibadah Haji dan Umrah.  Ikutkan hati rasa teringin juga ikut pergi lagi.  Tapi kita semua kena pasrah saja dengan peraturan yang dibuat.  Kena tunggu sekurang-kurang beberapa tahun sebelum dapat ke sana lagi setelah pemergian kali pertama.

Jemaah Haji Malaysia sudah mula berangkat sejak lebih seminggu yang lalu.  Ramai juga dari kalangan sahabat handai dan kenalan yang akan menunaikan fardhu Haji tahun ini.

Ada yang termiss pula nak ucapkan selamat untuk mereka.  Ini termasuklah kakak yang berjualan nasi di gerai tidak jauh dari rumah.  Kesian pula rasanya.

Apapun, kita sama-samalah doakan yang terbaik untuk mereka semua.  Mudah-mudahan mereka mendapat rahmat laluan yang mudah.