Thursday, 23 June 2011

CEPAT BETUL MASA BERJALAN

Rasanya baru saja bulan Jun ni.  Tapi tahu tahu sudah hampir ke penghujung bulan.  Cepat betul masa berjalan.

Beberapa bulan kebelakangan ni orang ramai terkesan dengan kenaikan harga barang.  Tiba-tiba turun harga minyak.

Orang semakin percaya pilihanraya sudah semakin dekat.  Tambah pula sana sini pemimpin membuat persiapan untuk melawat kawasan.

Friday, 10 June 2011

HAIRAN RASA DI HATI?

Kes mantan Menteri Besar Selangor, Khir Toyo, baru saja bermula.  Tentulah belum ada keputusan samaada beliau bersalah atau tidak.

Tapi baru tiga hari perbicaraan, meletup pensaksian bahawa si Khir Toyo membayar sejumlah RM 6 juta kepada kontraktor landskap untuk pengubah-suaian rumah yang tersabit.  Aduh!  Banyaknya!

Hairan saja di hati.  Dari seorang anak kampung, dia berjaya menjadi Doktor.  Kemudian dia diangkat menjadi Menteri Besar.  Begitu sudah jadi jutawan besar!

Patutlah orang berebut-rebut nak memegang jawatan.  Jawatan dan kuasa boleh membuat mereka kaya raya dalam masa yang singkat saja!