Friday, 10 June 2011

HAIRAN RASA DI HATI?

Kes mantan Menteri Besar Selangor, Khir Toyo, baru saja bermula.  Tentulah belum ada keputusan samaada beliau bersalah atau tidak.

Tapi baru tiga hari perbicaraan, meletup pensaksian bahawa si Khir Toyo membayar sejumlah RM 6 juta kepada kontraktor landskap untuk pengubah-suaian rumah yang tersabit.  Aduh!  Banyaknya!

Hairan saja di hati.  Dari seorang anak kampung, dia berjaya menjadi Doktor.  Kemudian dia diangkat menjadi Menteri Besar.  Begitu sudah jadi jutawan besar!

Patutlah orang berebut-rebut nak memegang jawatan.  Jawatan dan kuasa boleh membuat mereka kaya raya dalam masa yang singkat saja!

6 comments:

  1. Aslmkm.
    Tak ada yang menghairankan dalam dunia sekarang. Banyak kes sedemikian.
    Ada individu yang dari seorang pekerja buruh pun menjadi millionaire juga melalui pentas politik.

    ReplyDelete
  2. Salam Wanteh.
    Dunia akhir zaman.
    Macam2! Orang jadi teruk macam setan & hewan!

    ReplyDelete
  3. Salam Wanteh.
    Tanya PM pula, berapa asetnya?

    ReplyDelete
  4. Salam Wanteh.
    Apa nak dihairankan. Mereka pegang kuasa, buat sesuka hati la!
    Rakyat mesti sedar!

    ReplyDelete
  5. Salam Abang Wan.
    Apa nak diherankan.
    Mereka diberi kuasa, salah guna pun orang ramai undi juga. Mereka tu semua bertanggung-jawap diatas kemelut ni!

    ReplyDelete
  6. Salam Wan.
    Menyeluruh la .. di Sarawak tu pun teruk!

    ReplyDelete