Sunday, 3 July 2011

AKU TAK MENGERTI SAJA

Sebenarnya tak faham kenapa kecuh sangat dengan BERSIH tu.  Mungkin aku ketinggalan tentang perkara ini.

Apa yang aku dengar mereka mahu adakan perhimpunan untuk memberi penerangan.  Kira-kira peluang untuk menyuarakan apa yang dikira tidak kena la.

Pada aku tak salah untuk bersuara.  Kerajaan pun berbuat begitu - kumpul orang ramai-ramai untuk memberi penerangan.

Bagus juga amalan yang dilakukan di England sana.  Penduduk London bebas menyuarakan apa saja di Hyde Park sana.  Sesiapa pun bebas membuat pilihan samaada mahu mendengar atau tidak. 

Sudah berdekad-dekad amalan itu dilakukan.  Semuanya berjalan dengan aman saja. Tak ada rusuhan pun berlaku.

Apa kata kita perkenalkan amalan seperti itu di Taman kita.  Mungkin Taman Tasik Perdana lokasi yang baik buat percubaan.

6 comments:

  1. Salam kenal.
    Itu la dia!

    ReplyDelete
  2. Aslmkm.
    Terlebih dulu, maaf ya. Berganti hari baru la Kak G dapat berkunjung.
    Kak G tak dapat masuk blog rakan2; terus sistem beri warning & auto revert.
    Rupanya anak Kak tinggikan tahap sekuriti sebelum dia travel. Jadi, sudah la amat sensitif.

    ReplyDelete
  3. Salam Wanteh.
    Kena tukar la!

    ReplyDelete
  4. Salam Wanteh.
    Memang tak faham!

    ReplyDelete
  5. Salam Wanteh.
    Mungkin kena tukar dulu agaknya!

    ReplyDelete